DOA

jika Sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan dan membuatkan aku sedar akan kesilapanku, maka aku sanggup Ya Allah..
dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan maka aku sanggup Ya Allah dan Engkau sembuhkan diriku dengan kekuasaan Mu dan ampunkan lah dosa-dosa hamba Mu ini Ya Allah
sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan mahluk tiada kuasa.

Wednesday, July 31, 2013

Iktiar untuk mengubati Endometriosis



Soalan:
Saya Puan Halimah daripada Kuala Terengganu. Saya berumur 37 tahun dan sudah berumahtangga selama 12 tahun dan tidak mempunyai cahaya mata. Saya dan suami sudah menjalani permeriksaan di hospital dan doktor telah mengesahkan tidak ada masalah kesuburan pada diri saya dan suami saya. Kami telah menjalani proses IUI sebanyak 3 kali dan semua usaha ini gagal. Dua tahun yang lalu, atas nasihat doktor,  kami telah menjalani proses IVF. Melalui proses IVF ini, saya berjaya mengandung, tetapi selepas 2 bulan mengandung saya mengalami keguguran. Bolehkah Tuan Haji Lokman memberikan saya ayat-ayat Al-Quran untuk menolong kami mendapat zuriat?

Jawapan:
Terima kasih Puan Halimah atas doalann tersebut. Sememangnya setiap pasangan yang telah mendirikan hubungan rumah tangga, pastinya mengidamkan anak, sebagai lambang kebahagian sesebuah keluarga, dan dapat mengembangkan zuriat serta keturuan. Namun, bukan semua yang bernasib baik, ada pasangan yang sudah menimang cahaya mata biarpun baru setahun mendirikan rumah tangga. Ada pula pasangan yang terpaksa menunggu hampir belasan tahun untuk menerima “amanah” dari ALLAH ini. Pokoknya, anak adalah kurniaan serta rezeki dari ALLAH. ALLAH lebih mengetahui hikmah di atas tiap takdir darinya.

Namun, itu bukanlah alasan untuk kita berdiam diri dan menyalahkan takdir, sebagai manusia kita disarankan berikhtiar dan memohon doa kepada ALLAH agar dikurniakan zuriat. Puan, seperkara yang puan perlu tahu adalah, Puan dan suami, bukanlah satu-satunya pasangan didunia ini yang menerima ujian sebegini. Ramai lagi pasangan di luar sana yang turut mengalami nasib serupa seperti puan. Hal ini bukanlah menunjukan tuhan tidak memberikan rezeki, namun ia lebih bersifat ujian. Malah Nabi Zakaria dan nabi Ibrahim sendiri yang merupakan kekasih ALLAH, turut diuji dengan ujian yang sama. Apa yang lebih penting di sini adalah kita berikhtiar di samping berdoa kepada-NYA. Nabi ALLAH Zakaria pernah berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkan zuriat, yang mana doa tersebut ALLAH rakamkan di dalam AL Quran, surah Al-Anbiya’ ayat 89

“Dan ingatlah kisah zakaria, tatkala menyeru TuhanNya: “ Ya Tuhanku, Janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri( tidak mempunyai zuriat kerturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepadaMu) -Surah Al-Anbiya’: ayat 89
    
Anak merupakan saham atau aset penting untuk setiap ibu bapa. Malah, anak yang soleh, mampu berjasa kepada ibu bapanya selepas dari ketiadaan mereka.
Sabda Nabi Muhammad saw: “Apabila wafatnya manusia, maka terputuslah darinya segala amalan-amalannya (pahala) kecuali dari 3 perkara iaitu dari sedekah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup) atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya." - Hadis Riwayat Muslim
"
Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad saw menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah saw bersabda: "Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai dan memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)". - Hadis Riwayat Abu Daud & An-Nasaei

Melalui dalil-dalil diatas, dapatlah kita  fahami bahawa Islam menggalakkan umatNya untuk melahirkan ramai zuriat. Tetapi, adakalanya pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat. Maka,  adalah kewajipan mereka untuk berusaha untuk mendapatkan zuriat melalui ikhtiar dengan perubatan moden atau melalui perubatan Islam disamping berdoa kepada ALLAH.

Statistik menunjukkan 1 dalam 6 pasangan suami isteri mengalami masalah kesuburan. Kira-kira 40 peratus daripada kes pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan adalah disebabkan oleh masalah kesuburan wanita, 40 peratus masalah kesuburan lelaki, dan sepuluh peratus melibatkan masalah kedua-dua pasangan, serta  baki selebihnya sepuluh peratus, adalah daripada punca yang tidak dapat diketahui oleh perubatan moden.

Banyak pasangan suami isteri yang datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Antara masalah-masalah mereka adalah penyakit yang bersifat “medical” seperti :

Endometriosis
Fibroid
Kerosakan tiub fallopio
Kitaran haid yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbagan hormon
Masalah kekurangan sperma dan sebagainya

Walaubagaimanapun, terdapat ramai juga pasangan yang sukar untuk mendapat zuriat disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.  Perlu untuk kita fahami, rawatan kesuburan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran ini, bukanlah untuk penyakit kesuburan yang bersifat gangguan jin atau sihir semata-mata, malah kaedah suci ini, mampu untuk mengubati masalah kesuburan yang bersifat medical seperti yang saya senaraikan diatas tadi. 

Masalah untuk golongan wanita(isteri) adalah, Apabila janin yang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan dengan hampir 2 juta telur yang disimpan di dalam sepasang kilang telur atau ovari. Ovari wanita tidak mampu membuat telur baru dan pada hakikatnya, terdapat penurunan yang berterusan dalam jumlah bilangan telur setiap bulan. 

Menjelang masa seorang gadis mencapai umur baligh, hanya kira-kira 25% daripada jumlah telur itu kekal, iaitu kira-kira 300,000 telur. Penurunan jumlah telur ini disebabkan oleh telur yang tidak mencapai kematangan penuh dan mati disebabkan oleh proses yang dipanggil atresia. Semakin meningkat usia seseorang wanita itu, semakin berkurangan bekalan telur wanita sehingga menapous. Oleh itu, hanya kira-kira 300-500 telur (ovum) ini akan matang lebih jangka hayat wanita. 
    
Untuk kaum lelaki(suami) pula, situasi pengeluaran benih iaitu sperma berbeza daripada wanita. Organ pengeluaran sperma iaitu testis biasanya menghasilkan 50,000 sperma baru setiap hari apabila baligh sehingga lelaki itu berumur 70 tahun. Walaupun wanita hanya melepaskan satu telur setiap bulan, kaum lelaki mengeluarkan 1-3 juta sperma dalam satu ejakulasi. Persenyawaan bergantung kepada bilangan benih-benih lelaki itu mencukupi dan mempunyai kemampuan untuk bergerak. Keduanya, saluran-saluran peranakan wanita mempunyai bentuk yang normal dan tidak ada sekatan atau rintangan yang mungkin menghalang perjalanan benih-benih lelaki. Ovum biasanya boleh hidup selama 24-28 jam selepas ia dikeluarkan oleh ovari. Persetubuhan mestilah dilakukan dengan jayanya pada waktu yang tertentu, iaitu pada waktu kesuburan isteri, kerana pada ketika itu ovum dikeluarkan oleh ovari.

Punca masalah kesuburan wanita
EndometriosisEndometriosis
Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Punca penyakit endometriosis masih lagi tidak diketahui. Kebiasaannya, apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk mambantu proses persenyewaan. Apabila tiada proses persenyewaan berlaku, diniding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya,  darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita. Endometriosis ini juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.
Kerosakan tiub fallopio
Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam system reproduktif wanita. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.
Hormon dan haid
Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.
Sindrom Ovari Polisistik Polycystic Ovarian Syndrome- PCOSFibroid
Fibroid adalah ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot.  Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.
Hormon dan haid
Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.
Sindrom Polisistik OvariPCOSSindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS)
Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovary yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya yang menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu yang menyumbang kepada masalah kesuburan. Punca berlakunya PCOS masih tidak diketahui.
Punca masalah kesuburan lelaki

Masalah kekurangan sperma
Bilangan sperma yang rendah atau oligospermia adalah keadaan di mana bilangan sperma yang dikeluarkan semasa ejakulasi, Jumlah sperma yang dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi  bilangan sperma kurang daripada 15 juta sperma setiap mililiter air mani. Kadang kala, apabila ketiadaan langsung sperma di dalam air mani dipanggil “azoospermia”. Punca kekurangan sperma atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin (gonorrhea, Chlamydia atau bengkak buah zakar disebabkan oleh masalah benguk (mumps) . selain itu, Saluran air mani yang mengalir daripada kilang testes boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormone juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani oleh seseorang lelaki. Terdapat banyak lagi punca-punca lain bagi masalah kekurangan sperma.
Rawatan masalah kesuburan
Terdapat pelbagai jenis rawatan moden bagi mengatasi masalah kesuburan seperti intrauterine insemination (IUI), invitro fertilization (IVF) dan Intracytoplasmic sperm injection (ICSI) dan gamete intrafallopian transfer (GIFT). Semua kaedah-kaedah ini adalah antara usaha yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Dari segi hukum syarak, proses-proses moden ini telah diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Bayi Tabung UjiBayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidaksah.Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat dan dibenarkan menurut syarak.

Berdasarkan  pengalaman saya mengubat kes-kes kesuburan, ada kes-kes yang melibatkan gangguan jin dan sihir. Salah satunya ialah sihir pemisah. Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102, Allah swt ada menyatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.  Malah, didalam Tafsir Ibnu Kathir diceritakan dengan jelas bahawa syaitan amat menghargai golongan-golongan syaitan yang lain yang mampu memisahkan sepasang suami isteri. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah satu perkara yang baru. Selain dari sihir, gangguan saka juga boleh mengakibatkan masalah-masalah kesuburan dan keguguran. 

Anak-anak adalah penyambung kasih antara pasangan suami isteri. Sekiranya pasangan itu dikenakan sihir pemisah, adalah sukar untuk pasangan itu untuk mendapatkan anak sebab jin-jin yang ada di dalam badan pasangan suami isteri itu akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pasangan itu mendapat zuriat. Sekiranya pasangan itu mendapat zuriat, maka susahlah jin dan iblis dalam badan pasangan suami isteri itu mencapai matlamat mereka untuk memisahkan suami isteri ini. 

Jin dan iblis ini akan cuba mengelakkan daripda persemaian janin berlaku. Berdasarkan pemerhatian saya, di dalam kes Puan Halimah ini, walaupun telah disahkan oleh pihak hospital yang beliau dan suami tiada masalah kesuburan dari aspek medikal, tetapi mereka masih gagal untuk mendapatkan zuriat. walaupun berlakunya persemaian tetapi jin dan iblis dalam badan isteri itu akan merosakkan janin dalam rahim dan berlakunya keguguran.  Mungkin inilah punca kepada masalah yang dialami oleh Puan Halimah.

Saya ingin menasihati agar pasangan suami isteri dapat memastikan mereka tidak ada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka sebelum melakukan proses rawatan IUI atau IVF. Telah banyak pasangan suami isteri yang saya temui, yang telah melakukan beberapa kali proses IUI dan IVF tetapi masih gagal mendapat zuriat. Hal ini kerana adanya unsur-unsur sihir di dalam badan mereka. Rawatan IUI dan IVF menelan kos rawatan yang mahal. Kos rawatan IUI dianggarkan antara RM500 hingga RM3000 bergantung kepada rawatan dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.Manakala, rawatan IVF pula dianggarkan antara RM10,000 hingga RM 20,000. Memandangkan kos rawatan yang tinggi, adalah lebih baik sekiranya pasangan ini dapat memastikan tiada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka dahulu sebelum melakukan proses ini. 

Oleh itu, pasangan suami isteri digalakkan untuk datang ke klinik saya, Pusat Rawatan Islam Al-hidayah bagi memastikan tiada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka. Proses rawatan ini adalah mudah dan tidak memakan masa lama. Ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan jin-jin dan sihir adalah seperti berikut: 

Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118
Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44
Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186
Surah  Al-A’raf, ayat 40 hingga 62

Manakala, untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan yang bersifat Medical iaitu yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan seperti penyakit endometriosis, PCOS, dan lain-lain, ayat-ayat Al-Quran yang selalu diamalkan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah adalah seperti berikut:

Surah Maryam , ayat 31 hingga48
Surah Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74
Surah An Nisaa', ayat 127 hingga 140

Akhir sekali, nasihat dari saya, usahlah berputus asa dengan rezeki dari ALLAH. berikhtiarlah semampu kita, dan pastikan segala ikhtiar kita itu tidak bertentangan dengan syarak. ALLAH itu maha mendengar, berdoalah kepada-NYA. Tiada yang mustahil bagi ALLAH untuk menunaikannya seperti mana ALLAH telah menunaikannya untuk nabi Zakaria,

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia” -Maryam,7

Ingat, biar apa jua masalah kesuburan yang sedang dialami oleh anda dan pasangan, malah meskipun mengalami masalah mandul, ALLAH masuh mampu mengurniakan zuriat, seandainya kita terus berdoa dan berikhtiar..

“Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua."
(Maryam, 8)

Mengapa saya berkata begini? Kerana telah banyak masalah kesuburan yang saya temui, dan alhamdulillah, ALLAH memperkankan usaha kami dan doa para pasangan, sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa. Bukanlah mustahil untuk ALLAH mengkabulkan doa itu, kerana firman ALLAH...

Tuhan berfirman: "Demikianlah." Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesunguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali” -Maryam, 9

rujukan : http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/perubatan-al-quran-untuk-menyembuhkan-masalah-kesuburan

KHASIAT PATI DELIMA GHULSAN

PATI DELIMA GHULSAN

Ramai yang mencuba pati delima ghulsan ini hamil setelah menggunakannya beberapa bulan. Selain merancang untuk hamil ia juga baik untuk melancarkan period. 

Khasiat dan fungsi Pati Delima Gulsan :
Untuk Ibu Mengandung:
* Menaikkan HB semasa mengandung.
* M engatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan.
* Menambah cantik dan gebu kulit anda dan baby anda, di samping membantu proses tumbesaran baby dalam kandungan.
* Meningkatkan kecergasan tubuh badan semasa hamil.

Untuk Wanita dan Lelaki (mengembalikan kehangatan malam pertama):
* Meningkatkan keupayaan libido (seksual).
* Mengetatkan rahim dan menyuburkan rahim. 
* Meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra.

Untuk Wanita
* Memperelok dan melancarkan perjalanan haid.
* Menyingkirkan lemak dan kolestrol berlebihan dan melangsingkan badan.
* Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
* Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).
* Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yg lebih kemas.
* Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.

Untuk Seisi Keluarga tak kira tua ataupun muda.
* Menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi.
* Mengeluarkan peluh / toksin.
* Melegakan sakit kepala.
* Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja2 mengepam darah utk keperluan sel2 badan.
* Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit.
* Melancarkan peredaran darah.
* Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus).
* Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.
* Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
* Membuang asid urik dlm sendi utk meredakan penyakit gout.
* Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.
* Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk kerana ia menghapuskan kahak, meredakan penyakit batuk.
* Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
* Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah. 

Cadangan cara makan:
* Sesudu selepas makan, 2 kali sehari. 
* Sesudu dibancuh dalam segelas air suam ataupun air sejuk.
* Dibancuh (mengikut kesesuaian masing2) dalam tupperware dan disimpan dalam peti sejuk dan boleh diminum bila2 masa.

Endometriosis ini ada 4 kategori...

Endometriosis ini ada 4 kategori...

Endometriosis Stage I

Endometriosis Stage I adalah yang paling minimal dan sukar untuk dikesan. Bukti wujudnya Endometriosis Stage I ni hanya diketahui jika pembedahan dilakukan. Masa ni boleh jumpa kesan kerengsaan pada ruangan pelvic (pelvic cavity) dan mungkin juga adhesion (pelekatan) yang terhad.

Endometriosis Stage II
Endometriosis Stage II ni adalah tahap sederhana. Akan terdapat kerengsaan yang lebih banyak pada tisu di kawasan pelvic cavity (antara rahim dan bowel).

Endometriosis Stage III
Endometriosis Stage III ni masih lagi tahap sederhana tetapi semakin teruk keadaannya. Disamping kecederaan atau kerengsaan pada tisu, terdapat juga parut dan pelekatan (adhesion) di bahagian pelvic. Mungkin juga ada kesan endometriosis cycts dalam ovary.

Endometriosis Stage IV
Endometriosis Stage IV ni dikira yang paling teruk sekali. Semua symptom dari Stage 1-III akan wujud bagi penghidap Endometriosis Stage IV. Terdapat endometriosis cysts yang besar dan banyak dalam ovary.

Pelekatan (adhesion) tisu pelvik yang sangat teruk sehingga ada organ yang berubah lokasi macam kena gam antara satu sama lain.

PUNCA ENDOMETRIOSIS


Sungguhpun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, banyak teori telah dikemukakan untuk lebih memahami dan menjelaskan perkembangannya. Konsep ini tidak semestinya menafikan sesama sendiri.

  1. Endometriosis merupakan keadaan yang disebabkan oleh estrogen berlebihan yang dihasilkan oleh tubuh wanita, dan timbul kebanyakannnya semasa tahun melahirkan anak. Dalam model ujian, estrogen berlebihan perlu bagi menghasilkan atau mengekalkan endometriosis. Terapi perubatan biasanya bertujuan mengurangkan aras estrogen bagi mengawal masaalah ini. Ia dijangkakan (hipothesized) bahawa aras estrogen berlebihan boleh diukur oleh wanita dengan mengambil suhu pagi (dengan menggunakan jangka suhu menunjukkan titik perpuluhan) pada masa yang sama setiap hari selama sebulan atau dua. Untuk mengetahui cara mengambil suhu badan semasa sedar, rujuk buku: "Taking Charge of Your Fertility" oleh Toni Weschler, MPH. Suhu badan wanita normal sekitar 98.5 hingga 97.5 darjah Fahrenheit (36.9 hingga 36.3 darjah Selsius), bagaimanapun ia dihipothesis bahawa seseorang yang mempunyai endometriosis mungkin melihat suhu 98.5 hingga 97.0 °F (36.9 hingga 36.1 °C). Suhu lebih rendah mewakili fasa estrogen normal dalam kitaran wanita normal, dengan itu secara logik wanita dengan suhu badan rendah berlebihan, mungkin mempunyai paras estrogen berlebihan, dengan itu mempunyai endometriosis. Penyelidikan diperlukan bagi memastikan ketepatan menggunakan suhu sedar bagi mendiagnose endometriosis dan tahapnya. Tambahan lagi, penyelidikan terkini mengenai Aromatase, enzim penghasil estrogen dihasilkan oleh implant itu sendiri, telah memberikan bukti mengenai kenapa dan bagaimana masaalah ini berkekalan selepas putus haid (menopause) dan hysterectomi.
  2. Haid berundur (Retrograde menstruation"), di mana sesetengah sisa haid mengalir kedalam pelvis, mungkin memainkan peranan penting (John A. Sampson). Sementara kebanyakan wanita mengalami aliran haid berundur (retrograde menstrual), biasanya sistem imunisasi mereka mampu menghapuskan sisa dan menghalang penanaman dan pertumbuhan sel sebegini dari berlaku. Bagaimanapun bagi sesetengah pesakit, tisu endometrial tertanam oleh haid terbalik dan mampu tumbuh sebagai endometriosis. Faktor yang mungkin menyebabkan tisu untuk tumbuh dalam sesetengah wanita, tetapi tidak bagi yang lain, perlu dikaji, dan sesetengah punca dibawah mungkin mampu memberikan penjelasan, contoh. faktor perwarisan, toxin, atau sistem imunisasi lemah. Ia boleh dikatakan bahawa haid biasa yang berlaku secara tetap bulan demi bulan selama beberapa abad, adalah fenomena moden, kerana di masa lalu wanita mengalami rehat haid disebabkan mengandung dan menyusukan anak.
  3. Teori saingan mencadangkan bahawa endometriosis tidak mewakili endometrium tertanam tetapi bermula de novo dari sel tunjang tempatan. Proses ini telah dirujuk sebagai coelomik metaplasia. Picu pelbagai jenis (termasuk haid, toxin, atau faktor imunisasi) mungkin perlu bagi memulakan proses ini.
  4. Faktor pewarisan memainkan peranan. Ia jelas diterima bahawa anak atau saudara pesakit yang mempunyai endometriosis berisiko besar bagi mengalami endometriosis sendiri. Kajian terbaru (2005) diterbitkan dalam American Journal of Human Genetics mendapati kaitan antara endometriosis dan khromosom 10q26. Satu kajian mendapati bahawa, dalam saudara perempuan bagi pesakit dengan endometriosis risiko bandingan bagi endometriosis dalah 5.7:1 berbanding penduduk kawalan.
  5. Ia diterima bahawa bagi pesakik tertentu endometriosis mampu merebak secara langsung. Dengan itu endometriosis telah dijumpai pada kesan torehan pembedahan selepas pembedahan bagi endometriosis.
  6. Kadang-kala endometriosis mungkin dipindah melalui darah atau oleh sistem lymphatic kepada organ pinggiran (peripheral) (seperti. paru-paru, otak).
  7. Kajian terkini mensasar kemungkinan sistem imunisasi gagal menangani bebanan kitaran cecair haid terbalik (retrograde menstrual). Dalam konteks ini terdapat minat bagi mengkaji kaitan antara endometriosis dengan penyakit autoimmune, reaksi alahan, dan kesan toxins.

Satu lagi bidang penyelidikan adalah pencarian bagi penanda endometriosis. Penanda ini adalah bahan yang terhasil atau tindak balas kepada endometriosis yang boleh diukur dalam darah, kencing, atau suhu berjalan harian. Sekiranya penanda boleh dikenal pasti, pembekal kesihatan mampu menguji endometriosis melalui ujian darah, kencing tau suhu berjalan wanita, yang mungkin mengurangkan keperluan bagi pembedahan. CA-125 diketahui meningkat dalam pesakit dengan endometriosis, tetapi bukannya penunjuk khusus bagi endometriosis.

Tuesday, July 30, 2013

Endometrosis

Sakit pada bahagian pelvis adalah di antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa semasa melakukan hubungan seks, semasa membuang air kecil atau air besar.

Walau bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit yang dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit yang keterlaluan tetapi endometriosis mungkin masih dalam peringkat awal dan kepada mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin sudah pada tahap endometriosis yang sudah teruk.

Dalam kebanyakkan kes, endometriosis gagal didiagnoskan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Simptom utama endometriosis adalah sakit teruk berulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait dengan tahap (1 hingga 4) endometriosis. Sesetengan wanita hanya sakit sedikit atau tiada rasa sakit sungguhpun mengalami endometriosis teruk menjejaskan kawasan yang luas atau endometriosis dengan berparut. Sebaliknya, wanita mungkin mengalami kesakitan teruk sungguhpun hanya mengalami endometriosis kecil.
Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh) yang juga pakar perunding kanan perbidanan dan sakit puan, Profesor Dr Nik Mohd Nasri Ismail, berkata endometriosis turut menyebabkan wanita kerap mengalami masalah sakit perut, terutama ketika haid (dysmenorrhea).

Selain itu, simptom endometriosis termasuk:

-Sakit ketika melakukan hubungan seks (dyspareunia).
-Sakit ketika penghasilan telur.
-Sakit pinggang (belakang badan).
-Rasa sakit hendak buang air, terutama ketika haid.
-Pendarahan sebelum atau antara waktu haid.
-Tidak subur atau sukar hamil.
-Gangguan haid, sama ada terlalu banyak atau sedikit.
-Gangguan kesihatan, terutama ketika haid seperti cepat penat dan tiada semangat.
Bagaimanapun, darjah kesakitan tidak boleh dijadikan penunjuk bilangan endometrosis yang ada dalam badannya kerana ada wanita tidak mengalami masalah, walaupun saiz endometriosis besar dan sebaliknya.
Endometriosis adalah masalah kesuburan biasa yang dialami 80 peratus pasangan yang tiada anak. Selain mengganggu kesuburan wanita, endometriosis boleh mendatangkan masalah kepada hubungan seks dan sosial.

Siapa yang boleh dapat? Semua wanita yang sudah baligh boleh mendapatnya bermula daripada haid pertama sehinggalah menopaus; tidak kira berapa usia mereka. Pun begitu, ada kalanya endometriosis berlaku pada wanita putus haid katanya ketika memberikan ceramah kesuburan wanita anjuran bersama Mamaneh dan Schering (Malaysia) Sdn Bhd.

Simptom endometriosis termasuk (tetapi tidak terhad kepada): 


-Kesakitan, kadang-kala kekejangan haid yang melumpuhkan (dysmenorrhea); sakit yang semakin teruk (sakit meningkat)
-Sakit kronik (biasanya bahagian bawah belakang dan kawasan pinggul (pelvic), juga bahagian perut abdomen)
-Sakit ketika bersenggama (dyspareunia)
-Sakit ketika membuang air besar atau kecil (dysuria)
-Haid yang banyak (menorrhagia)
-Mual dan muntah-muntah
-Pra-haid atau antara haid (pendarahan antara tempoh haid)
-Mandul dan separa mandul. Endometriosis mungkin mendorong kepada tiub fallopian tersekat. Walaupun tanpa masalah ini, terdapat kesukaran mengandung. Bagi sesetengah wanita, separa mandul adalah simptom tunggal, dan endometriosis hanya disedari semasa pemeriksaan kesuburan.

Tambahan lagi, wanita yang di diagnos dengan endometriosis mungkin mempunyai simptom masalah perut (gastrointestinal) yang menyerupai sindrom dubur gatal irritable bowel syndrome, termasuk sentiasa letih.

Pesakit yang pecah karung endometriotik mungkin mengalami sakit perut akut (acute abdomen) sebagai kecermasan perubatan. Karung Endometriotik terdapat dalam ruang thoracic mungkin menyebabkan satu bentuk sindrom endometriosis thoracic, biasanya catamenial pneumothorax.Kebanyakan endometriosis terdapat pada struktur dikawasan rongga pangkal rahim:

-Ovari
-Tiub Fallopian
-Belakang uterus dan posterior culdesac
-Hadapan uterus dan anterior culdesac
-Ligamen Uterine seperti ligamen uterus yang lebar atau bulat
-Usus kecil, terutamanya appendix
-Pundi kencing

Endometriosis mungkin merebak ke pangkal rahim dan faraj atau kepada tempat bekas torehan pembedahan abdomen. Dalam kes yang luar biasa, kawasan endometriosis mampu tumbuh dibahagian paru-paru atau bahagian lain badan.

Secara pembedahan, endometriosis boleh dikelaskan tahap I-IV (Pengelasan Semula American Society of Reproductive Medicine).